nuffnang

Selasa, 11 Disember 2012

TraveloG: Semester 5


Mencabar

Menguji

Kesabaran

Semakin Patuh 

Meningkatkan Azam dunia dan akhirat

Banyak lagi perlu diselesaikan...

Dalam Dilemma

Semester 5 memerlukan hati yang tabah untuk menempuh kehidupan ini, mata telinga mulut dan semua anggota badan perlu dipelihara untuk Redha ALLAH...

Isnin, 10 September 2012

Jiwa Ku Berbicara

Semenjak aku datang dari bercuti raya...
aku sampai ke UPSI...
perasaan ku terlalu gemuruh untuk balik ke UPSI...
sebab salah satunya aku ingin cari perasaan dan jiwa ku yang
sebelum ini aku rasa dalam bulan Ramadhan yang lalu...
Dari rumah ku di kampung sampai ke UPSI...
ku mengharapkan apa yang aku inginkan selama ini...
iaitu ketenangan...
hati yang tenang yang belum pernah aku rasai sebelum ini...
Sampai di UPSI...
perasaan, jiwa ku memang aku dapat merasakan ketenangan...
Tapi, dalam aku merasa ketenangan...
aku sedih melihat persekitaran ku sekarang...
persekitaran yang tidak serupa dengan...
situasi dalam bulan Ramadhan...
tidak dapat ku luah dalam blog ini...
kerana boleh mengaibkan seseorang...
biarlah aku dan Allah sahaja mengetahui...
dan mengharapkan supaya situasi sebegini berubah seperti..
situasi dalam bulan Ramadhan...

Aku hanya mampu berdoa kepada Allah...
dan mendengar Jiwaku yang sedang berbicara...

Ya Allah, Janganlah kau palingkan hidayah dan petunjuk Mu dari kami...
dan jadikanlah kami sentiasa istiqamah dalam setiap menjalani amal ibadah Mu :'(
Jiwaku Berbicara...
Jariku Melangkah...
ketika tasbihku berbicara...
ketenangan yang ku cari...


Rabu, 8 Ogos 2012

Ramadhan di UPSI


Terlalu banyak cerita semalam tercipta,
Pelbagai kenangan,
pahit, manis, suka, duka, ujian, cubaan, dugaan,
dan banyak lagi,
kami tempuh bersama

Cerita semalam
membuat ku rasa sedih bercampur gembira
untuk diingati,
Sebak hati ini untuk diimbas kembali,
Inilah cerita yang patutku lalui,
Ramadhan di UPSI,
Terawih,
Berbuka,
Bersahur,
dan lain-lain

Dalam kehidupan sebagai seorang
pencari ilmu diperbukitan ilmu,
jauh dari keluarga,
merantau di negeri orang,
Hanya mereka setia disisiku,
mereka jadi sumber kekuatan ku untuk meneruskan
kehidupan ku di bumi yang penuh cabaran,
Ramadhan,
kau bermakna buatku,
kau jadikan hubungan kami begitu kuat,
ku merindui mu Ramadhan,
terlalu cepat masa berlalu,
seorang demi seorang,
satu per satu,
menghabiskan cerita semalam,
Ramadhan di UPSI

Setiap aku perhatikan tingkah laku,
sahabat-sahabat ku,
banyak dapat memberi keinsafan dalam diri ini,
mengetuk pintu hati ku,
untuk sentiasa bersyukur,

ya Allah, kau berkatilah persahabatan kami janganlah Engkau tarik nikmat persahabatan kami.

Habis cerita kami disini,
semua balik ke kg halaman masing-masing,

p/s: terlalu memberi kesan pada jiwa ku ramadhan kali ini dan penuh makna bagiku :'(


Isnin, 30 Julai 2012

Istiqomah Dalam Ibadah

Bagaimana sentiasa istiqamah dalam ibadah

  • Berdoa minta bantuan dengan Allah
  • Lawan nafsu untuk melakukan ibadah walaupun penat atau letih
  • Berdamping dengan orang-orang yang beristiqamah
  • kurangkan perkara yang boleh buat kita lalai dari melakukan perkara yang hendak diistiqamahkan
  • Jangan melulu untuk buat segala untuk istiqamah, satu persatu, peringkat demi peringkat
  • Cari seorang sahabat untuk selalu bersama untuk saling menasihati dan saling memberi semangat dan saling doa mendoakan
P/S: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang berusaha mengubahnya

Selasa, 24 Julai 2012

Gitar Baruku

Pemberian dari Sahabatku...
biarpun tidak berbunyi muzik...
tetapi boleh menghasilkan bunyi persahabatan...
bunyi persahabatan hanya dapat di dengar oleh aku dan sahabat-sahabatku...
terima kasih Sahabatku...
aku beri nama gitar baruku 'gitar persahabatan'...


Jumaat, 20 Julai 2012

Aku dan Ramadhan

Mak, Bapaku, Kakak, Abang, Adik, Felda Umas, Tawau, dan semua yang ada di Sabah.
Semua ku tinggalkan demi menuntut ilmu, menuntut ilmu nun jauh disana, sebagai seorang pengembara dan perantau. 
Benar-benar mengajar aku hidup berdikari,
Keseorangan,
kesepian,
kesunyian,
Sendirian,
Adakalanya aku merasa macam berputus asa dan tidak tahan dengan keadaan begini,
Namun~
ada secebis cahaya yang menerangi laluanku,
Dialah Rakan, Dialah teman,
 Dialah sahabat yang Memimpinku, membimbingku.

Apabila Ramadhan tiba, pengorbanan, kesabaran, istiqamah perlu ku tingkatkan dan terapkan dalam diriku,
banyak lagi aku pelajari untuk membaiki diri ini, Aku bersyukur dapat kawan yang memimpinku dan membimbingku kejalan yang Allah redhai.

Ramadhan tahun ini merupakan kali kedua aku sambut tanpa keluarga disisiku, dapat jugak aku membiasakan diri daripada pengalaman sebelum ini. 

Kata akhir dariku, aku hanya mengharapkan amal ibadah dapat ku lakukan dengan sempurna dan mendapat keredhaan ALLAH, 
Selamat Menyambut bulan Ramadhan


Rabu, 18 Julai 2012

Erti Syukur



Erti syukur terletak pada kekerapan kita mengucap syukur. ALLAH suka pada sesiapa saja yang rajin bersyukur.

Apabila kita rajin bersyukur, kesannya hidup kita akan jadi lebih tenang. Ketenangan itu adalah petanda bahawa rahmat ALLAH mengalir sebagai tanda ALLAH kasihkan kita.

Syukur jadi lebih bermakna apabila kita mengucapnya sepenuh hati hingga rasa kesyukuran itu meresap jauh ke dalam kalbu. Syukur sepenuh hati akan menjadikan kita lupa pada seribu satu permasalahan kehidupan, membuat kita optimis memperbaguskan kehidupan.

Semenjak aku berada di dunia yang berpisah dengan ibu bapaku, banyak pengalaman yang aku dapat untuk meningkatkan lagi kesyukuranku kepada ALLAH, yang paling memberi kesan kepada hatiku dan menyebabkan aku terdiam untuk seketika ialah cara kehidupanku yang agak jahil di sisi ALLAH, namun hidayah telah memberikanNya kepadaku.

ALLAH telah memberikanku hidayah melalui rakan seperjuanganku, ku perhatikan, ku lihat, cara kehidupan rakan-rakan seperjuangan ku menyebabkan hatiku terdetik untuk mencontohi dan mengikuti sifat-sifat baik mereka. Semenjak kejadian itu, banyak aku pelajari melalui apa yang aku perhatikan tingkah laku rakan-rakan ku, yang baik  aku ambil, yang buruk aku buang jauh-jauh.

Aku bersyukur kepada ALLAH, kerana hidayah yang diberikan kepadaku terlalu bermakna bagi ku untuk aku mengubah diriku. Aku harap setianya dia disisiku, menyapa keinsafan dalam diri, membawa kembali kepada fitrahku, sebagai seorang hamba, mulai membimbingku kejalan yang lurus, mengetuk pintu hatiku untuk terus patuh, pada pencipta yang satu.

"ALHAMDULILLAH"

Selasa, 17 Julai 2012

Rasa Bersalah

Rasa bersalah dengan kawan rapat...
memang kesalahan ku...
aku bagi habiskan...lepas tu aku janji aku ganti yang baru...
tapi kedai tu tutup...rasa bersalah dan kesian tengok kawan...
malu mau berhadapan dengan dia...
mungkin ini adalah satu pengajaran buatku...
aku mesti jaga hati mereka...
aku cuba untuk tidak mengulanginya...
:'(

Isnin, 16 Julai 2012

Permulaan Langkahku

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Mula-mula aku berasa malu dan rasa hina untuk aku berdepan dengan hamba-hamba Allah...
Tapi aku buang rasa malu ku, aku datang bukan untuk malu...
Tapi aku datang kerana Allah...
kerana itu adalah satu tuntutan dalam Islam...
pimpinlah aku, bimbinglah aku, ke jalan yang Kau redhai ya Allah...
Aku insan yang mengharapkan keredhaanMu
-,-


Khamis, 12 Julai 2012

Hari Yang Diharamkan Berpuasa


Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :


           " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

            Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut           pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

  1. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut

Selasa, 10 Julai 2012

Kisah Yang Memberi Kesan Pada Jiwa


Buku ni baru setengah jalan aku baca...
pengisian buku ni sangat memberi kesan pada jiwaku...
menyebabkan terkeluar air mataku...
buku ni tentang kisah benar kehidupan sebuah keluarga yang bergelut dengan takdir dan berkejar dengan masa demi memulihkan anak istimewanya iaitu Atiq Wazif...
kasih seorang ibu...pengorbanan seorang ayah...kecekalan seorang anak...
rugi siapa yang belum baca buku ni...
hari ni aku teruskan lagi pengembaraanku bersama Kembara Atiq Wazif...
selamat membaca...

Khamis, 5 Julai 2012

Tanda-Tanda Kematian

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

  • Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum Mati
  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari Sebelum Kematian
  • Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari Sebelum Mati
  • Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 
Tanda 1 Hari Sebelum Mati
  • Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
  • Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
اَللّÙ‡ُÙ…َّ اخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِسْلاَÙ…ِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِÙŠْÙ…َانِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِØ­ُسْÙ†ِ الْØ®َاتِÙ…َØ©ِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Selasa, 3 Julai 2012

Sahabat Dunia dan Akhirat


  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikan mu
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri mu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu
  11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

sumber: ILUVISLAM

Isnin, 2 Julai 2012

Peringatan dari Allah

30 Jun 2012, tarikh keramat yang tidak dapat ku lupakan, tarikh ni terjadinya insiden yang datang tanpa di undang, dalam erti kata lain aku hampir menemui ajal, iaitu hampir lemas dibawa arus sungai. Bukannya aku takut mati, cuma amal ibadah ku kurang, apa yang harus ku bawa dihadapan Allah nanti sekiranya ajal menjemputku. Kejadian ni merupakan peringatan buat ku, Terima kasih ya Allah, kerana kau berikan aku peluang untuk aku meningkatkan amal ibadah ku. Aku mohon ya Allah, sekiranya ajal ku tiba, kau terimalah segala amal ibadah ku. Pesanan ku buat pembaca blog ku, sama-sama kita beringat, ajal tidak mengenal manusia, tempat kita dimana berada, marilah kita sama-sama mematuhi dan menjalankan segala yang diperintahkan oleh Allah SWT dan kita tinggalkan segala yang dilarang. selamat beramal!

اَللّÙ‡ُÙ…َّ اخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِسْلاَÙ…ِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِاْلاِÙŠْÙ…َانِ ÙˆَاخْتِÙ…ْ Ù„َÙ†َا بِØ­ُسْÙ†ِ الْØ®َاتِÙ…َØ©ِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
Ameen

Isnin, 19 Mac 2012

Aktiviti Akhir Semester 3 (merapatkan ukhwah)

Assalamualaikum...
semester 3 tidak lama melabuhkan tirainya...
semakin melabuhkan tirai, semakin rapat hubungan bersama kawan2 ku...
tahir, nawi, stanley, azfar,wan...
sudah 3 malam kami masak "jamput" a.k.a "cekodok"...
idea dari Abang Tahir...
hanya gambar sahaja dapat menceritakan aktiviti kami semalam...
hanya kerana makanan..ku dapat merasakan hubungan kami semakin rapat...


Nawi semasa proses membuat "jamput" a.k.a "cekodok" bersama
model teh lipton.. Stanley

keadaan semakin sibuk

inilah usaha En Nawi...

semasa proses membuat kuih sempat lagi "bekangkang"
ini la gaya nawi selamanya

seterusnya aku menyambung jawatan yang telah ditinggalkan oleh nawi
"tahir dan stanley hanya hiasan gambar"
bakat ku terserlah disitu...
Tukang masak "Jamput a.k.a "Cekodok"
Lakonan sebagai tukang masak Aku dan Stanley...

Proses memasak...
Dapur bujang macam begitu la...

Ini la hasilnya...
makan dengan sos cili...
sebelum makan...

buat air teh panas...
tajaan dari lipton (hakmilik Stanley)

Tu diaaa...
terserlah bakat sebagai tukang buat air...

siap juga akhirnya...
selamat menjamu selera...


tiada apa yang dapat aku ucapkan lagi...
aku hanya mampu memohon dan berdoa...
supaya Allah sentiasa memberkati persahabatan kami...
dan dapat memberi manfaat dalam persahabatan kepada kami...
untuk dunia dan akhirat...
InsyaAllah...




Jumaat, 9 Mac 2012

Sejuk dan Tenang Hatiku...

Minggu depan aku dan rakan-rakan lain akan berjuang untuk masa depan...tibalah masanya untuk kami menghadapi peperiksaan...
sebelum menghadapi peperiksaan...ambil berkat dan doa orang sekeliling amat penting misalnya doa ibu bapa ku dan pensyarah ku...
Pesan Mamaku...
buat yang terbaik..jangan leka dengan benda lain...
pastikan kali ini kau dapat Senarai Dekan...
jaga kesihatan...jangan lupa tuhan...
tumpukan perhatian jangan ingat mau balik jak...fikirkan dulu benda penting...
dan banyak lagi...

Hatiku semakin tenang kerana pensyarah ku telah membuat pesanan untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi...pensyarah ku sentiasa memberi motivasi...
Pesan Pensyarah ku dari Dr Mahani...
Pada anak anak ku……..minggu akan depan bermulalah satu lagi episod baru dalam perjalanan anak-anak sebagai seorang mahasiswa. Sentiasalah menjaga kesihatan dan keselamatan diri agar hari esok dan hari-hari seterusnya anak-anakku berada dalamm keadaan yang cukup baik untuk menghadapi peperiksaan besar ini. Hak badan juga perlu dijaga!

Untuk itu anak-anak ku……..sentiasa merasa tenang dan tenteram, dan sudah bersedia menghadapinya, samaada dari segi mental mahupun fizikal dan meletakkan azam kuat bahawa " aku sudah bersedia dan mampu untuk menjawab dengan sebaiknya, InsyaAllah ". Jika perasaan seperti ini ada dalam hati, insyaAllah anak anak ku akan lebih yakin dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan ini…..

Belajar dan studylah dengan penuh kerelaan hati tetapi bukan kerana terpaksa. Belajar kerana terpaksa tidak akan dapat membantu kita belajar dengan sempurna dan boleh membuatkan kitaa gugup dalam peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Tanamkan dalam diri “saya boleh” dan tulislah dengan besar dan terang di atas sekeping kad dan letak di hadapan kita (tempat belajar).

Bermula hari ini juga, marilah kita berserah dan bertawakkal kepada ALLAH semoga segala usaha kita selama ini diberkatiNya. Inssyallah akan diberi kejayaan apabila tiba masanya nanti….. Amin

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.
Amin Ya Rabbalalamin..”


Terima kasih ya Allah...
ada insan seperti mak bapaku dan semua ahli keluargaku, pensyarah ku...rakan2 seperjuanganku dan semua...

Jumaat, 13 Januari 2012

Hanya berbisik..

buat masa ini aku diam...
tapi kalau kawan2 bawa bercerita...
aku balas dengan bisikan ku...
kerana suara ku serak (hilang)...
redha dengan ujian Allah...
mudah-mudahan cepat sembuh...

Ahad, 8 Januari 2012

Akur dgn Takdir

Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan dalam setiap langkah ku...
jadikan aku hamba yang sentiasa sabar...

tugasan en radzi hantar hari ini...
tapi aku belum siap tugasan tersebut...
bukannya putus asa...tapi aku akur dengan takdir...
takdir telah menentukan semua taska mengelak dari aku...
hmm...sabar jak la...
tawakal...

tenangkan diri dulu...
p/s: terima kasih dengan tahir kerana banyak membantu... hanya Allah membalas kebaikan mu...

Ahad, 1 Januari 2012

Ku Memerlukanmu

Mak...Pak...
Dikala Aku Sedang Berjuang Diperbukitan Ilmu Ini...
Dikala Aku Sedang Mengejar Sebuah Kejayaan...
Dikaulah Sumber Kekuatan Untuk Merealisasikan ImpianKu...

Jika Hari Ini Aku Jatuh...
Jika Hari Ini Aku Gagal...
Jika Hari Ini Aku Putus Asa...

Dikau Bimbinglah Aku...
Dikau Doronglah Aku...
Dikau Doakanlah Aku...
Disebuah Jalan Yang Lurus...
Agar Aku Dapat Berdiri Teguh...
Untuk Berjuang Semula...
Dijalan Yang Allah Redhai...

p/s: terima kasih mak pak sebab kamulah aku dapat meneruskan perjuangan
yang hampir aku jatuh dan gagal...
Aku berjanji agar menghargai peluang yang ada...
akan ku balas jasa mu hingga akhir hayatku...
Ya Allah ya tuhanku aku bersyukur kepada Mu...kerana kau jadikan mak bapaku seorang hamba yang kuat dan tabah untuk mendidik anaknya...


buntu hari pertama 2012


pertama sekali tugasan kajian kes tentang taska belum selesai...
kawan2 seperjuangan semua sudah selesai cari taska...aku plak taska sudah cari tapi taska tidak minat dengan aku...lepas tu taska dalam tanjung malim semua sudah ditempah...
alamatnya sekarang otak ku serabut memikirkan pasal taska ni...rancang mau jumpa pensyarah minta tolong dan tanya pasal taska yang berdekatan slim river...mau p sana guna duit...cari dalam internet taska seluruh negara keluar...

p/s: setahun sudah aku memikirkan pasal taska ni...dari 2011 lagi...sampailah tahun ini 2012...hmmm

Jumpa pensyarah!!!! <--------tnya pendapat...

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subhanallah