nuffnang

Isnin, 30 Julai 2012

Istiqomah Dalam Ibadah

Bagaimana sentiasa istiqamah dalam ibadah

  • Berdoa minta bantuan dengan Allah
  • Lawan nafsu untuk melakukan ibadah walaupun penat atau letih
  • Berdamping dengan orang-orang yang beristiqamah
  • kurangkan perkara yang boleh buat kita lalai dari melakukan perkara yang hendak diistiqamahkan
  • Jangan melulu untuk buat segala untuk istiqamah, satu persatu, peringkat demi peringkat
  • Cari seorang sahabat untuk selalu bersama untuk saling menasihati dan saling memberi semangat dan saling doa mendoakan
P/S: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang berusaha mengubahnya

Selasa, 24 Julai 2012

Gitar Baruku

Pemberian dari Sahabatku...
biarpun tidak berbunyi muzik...
tetapi boleh menghasilkan bunyi persahabatan...
bunyi persahabatan hanya dapat di dengar oleh aku dan sahabat-sahabatku...
terima kasih Sahabatku...
aku beri nama gitar baruku 'gitar persahabatan'...


Jumaat, 20 Julai 2012

Aku dan Ramadhan

Mak, Bapaku, Kakak, Abang, Adik, Felda Umas, Tawau, dan semua yang ada di Sabah.
Semua ku tinggalkan demi menuntut ilmu, menuntut ilmu nun jauh disana, sebagai seorang pengembara dan perantau. 
Benar-benar mengajar aku hidup berdikari,
Keseorangan,
kesepian,
kesunyian,
Sendirian,
Adakalanya aku merasa macam berputus asa dan tidak tahan dengan keadaan begini,
Namun~
ada secebis cahaya yang menerangi laluanku,
Dialah Rakan, Dialah teman,
 Dialah sahabat yang Memimpinku, membimbingku.

Apabila Ramadhan tiba, pengorbanan, kesabaran, istiqamah perlu ku tingkatkan dan terapkan dalam diriku,
banyak lagi aku pelajari untuk membaiki diri ini, Aku bersyukur dapat kawan yang memimpinku dan membimbingku kejalan yang Allah redhai.

Ramadhan tahun ini merupakan kali kedua aku sambut tanpa keluarga disisiku, dapat jugak aku membiasakan diri daripada pengalaman sebelum ini. 

Kata akhir dariku, aku hanya mengharapkan amal ibadah dapat ku lakukan dengan sempurna dan mendapat keredhaan ALLAH, 
Selamat Menyambut bulan Ramadhan


Rabu, 18 Julai 2012

Erti Syukur



Erti syukur terletak pada kekerapan kita mengucap syukur. ALLAH suka pada sesiapa saja yang rajin bersyukur.

Apabila kita rajin bersyukur, kesannya hidup kita akan jadi lebih tenang. Ketenangan itu adalah petanda bahawa rahmat ALLAH mengalir sebagai tanda ALLAH kasihkan kita.

Syukur jadi lebih bermakna apabila kita mengucapnya sepenuh hati hingga rasa kesyukuran itu meresap jauh ke dalam kalbu. Syukur sepenuh hati akan menjadikan kita lupa pada seribu satu permasalahan kehidupan, membuat kita optimis memperbaguskan kehidupan.

Semenjak aku berada di dunia yang berpisah dengan ibu bapaku, banyak pengalaman yang aku dapat untuk meningkatkan lagi kesyukuranku kepada ALLAH, yang paling memberi kesan kepada hatiku dan menyebabkan aku terdiam untuk seketika ialah cara kehidupanku yang agak jahil di sisi ALLAH, namun hidayah telah memberikanNya kepadaku.

ALLAH telah memberikanku hidayah melalui rakan seperjuanganku, ku perhatikan, ku lihat, cara kehidupan rakan-rakan seperjuangan ku menyebabkan hatiku terdetik untuk mencontohi dan mengikuti sifat-sifat baik mereka. Semenjak kejadian itu, banyak aku pelajari melalui apa yang aku perhatikan tingkah laku rakan-rakan ku, yang baik  aku ambil, yang buruk aku buang jauh-jauh.

Aku bersyukur kepada ALLAH, kerana hidayah yang diberikan kepadaku terlalu bermakna bagi ku untuk aku mengubah diriku. Aku harap setianya dia disisiku, menyapa keinsafan dalam diri, membawa kembali kepada fitrahku, sebagai seorang hamba, mulai membimbingku kejalan yang lurus, mengetuk pintu hatiku untuk terus patuh, pada pencipta yang satu.

"ALHAMDULILLAH"

Selasa, 17 Julai 2012

Rasa Bersalah

Rasa bersalah dengan kawan rapat...
memang kesalahan ku...
aku bagi habiskan...lepas tu aku janji aku ganti yang baru...
tapi kedai tu tutup...rasa bersalah dan kesian tengok kawan...
malu mau berhadapan dengan dia...
mungkin ini adalah satu pengajaran buatku...
aku mesti jaga hati mereka...
aku cuba untuk tidak mengulanginya...
:'(

Isnin, 16 Julai 2012

Permulaan Langkahku

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Mula-mula aku berasa malu dan rasa hina untuk aku berdepan dengan hamba-hamba Allah...
Tapi aku buang rasa malu ku, aku datang bukan untuk malu...
Tapi aku datang kerana Allah...
kerana itu adalah satu tuntutan dalam Islam...
pimpinlah aku, bimbinglah aku, ke jalan yang Kau redhai ya Allah...
Aku insan yang mengharapkan keredhaanMu
-,-


Khamis, 12 Julai 2012

Hari Yang Diharamkan Berpuasa


Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :


           " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

            Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut           pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

  1. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut

Selasa, 10 Julai 2012

Kisah Yang Memberi Kesan Pada Jiwa


Buku ni baru setengah jalan aku baca...
pengisian buku ni sangat memberi kesan pada jiwaku...
menyebabkan terkeluar air mataku...
buku ni tentang kisah benar kehidupan sebuah keluarga yang bergelut dengan takdir dan berkejar dengan masa demi memulihkan anak istimewanya iaitu Atiq Wazif...
kasih seorang ibu...pengorbanan seorang ayah...kecekalan seorang anak...
rugi siapa yang belum baca buku ni...
hari ni aku teruskan lagi pengembaraanku bersama Kembara Atiq Wazif...
selamat membaca...

Khamis, 5 Julai 2012

Tanda-Tanda Kematian

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

  • Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum Mati
  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari Sebelum Kematian
  • Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari Sebelum Mati
  • Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 
Tanda 1 Hari Sebelum Mati
  • Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
  • Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Selasa, 3 Julai 2012

Sahabat Dunia dan Akhirat


  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikan mu
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri mu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu
  11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

sumber: ILUVISLAM

Isnin, 2 Julai 2012

Peringatan dari Allah

30 Jun 2012, tarikh keramat yang tidak dapat ku lupakan, tarikh ni terjadinya insiden yang datang tanpa di undang, dalam erti kata lain aku hampir menemui ajal, iaitu hampir lemas dibawa arus sungai. Bukannya aku takut mati, cuma amal ibadah ku kurang, apa yang harus ku bawa dihadapan Allah nanti sekiranya ajal menjemputku. Kejadian ni merupakan peringatan buat ku, Terima kasih ya Allah, kerana kau berikan aku peluang untuk aku meningkatkan amal ibadah ku. Aku mohon ya Allah, sekiranya ajal ku tiba, kau terimalah segala amal ibadah ku. Pesanan ku buat pembaca blog ku, sama-sama kita beringat, ajal tidak mengenal manusia, tempat kita dimana berada, marilah kita sama-sama mematuhi dan menjalankan segala yang diperintahkan oleh Allah SWT dan kita tinggalkan segala yang dilarang. selamat beramal!

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
Ameen

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subhanallah