nuffnang

Sabtu, 23 April 2011

MONTESSORI


Latar Belakang Montessori
  • Model pendidikan Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori(1870-1952) yang lahir pada tahun 1870 di bandar Chiaravalle di Itali.
  • Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Itali dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.
  • Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome
  • Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain
  • Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dangan cekap
Pandangan Montessori
  • Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut:

  1. Minda yang mudah menyerap
  • menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima dan seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
2. Persekitaran yang tersedia
  • Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut.
3. Didikan diri
  • Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelpagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti dan guru tidak perlu mengajar secara formal.
4. Bahan pembelajaran
  • Guru hanya menunjuk ajar cara yang "betul" bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.

Falsafah Montessori
  • Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri
  • Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan turut belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
  • maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua pembelajaran
  • bahan pembelajaran yang dibentuk oleh Montessori melatih kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar.
  • kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
  • Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Kaedah Mengajar
Montessori menekankan kepada:
  • kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan mestilah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
  • kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan "Sensory Teaching And Learning".
  • beliau pernah melihat tingkahlaku kanak-kanak cacat yang diberi makan menjatuhkan diri mereka kelantai untuk melihat serbuk roti dan beliau membuat kesimpulan ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini adalah "The part intellectual development is through the hand", merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.
Prinsip-prinsip dalam kaedah Montessori
  • menghormati kanak-kanak dan hak mereka
  • konsep kebebasan
  • menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
  • kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
  • kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri
  • pentingnya disiplin diri
  • terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak, ahli pendidikan awal kanak-kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness)
  • kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakannya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri
  • kanak-kanak belajar dengan lebih baik, dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
Matlamat Pendidikan Montessori
  • Matlamat utama pendidikan Montessori ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal,sosial,emosi dan intelek.
  • Persatuan Montessori Amerika menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk mengembangkan aspek-aspek berikut:
*penumpuan
*kemahiran membuat pemerhatian
*kesedaran dari segi susunan dan urutan
*koordinasi
*kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
*konsep matematik
*kemahiran bahasa
*kemahiran menulis dan membaca
*kebiasaan dari segi seni kreatif
*kefahaman tentang alam semula jadi
*pengalaman dalam memahami sains sosial
*pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah

Pendidikan Montessori Merangkumi Pelbagai Aspek Penting Iaitu:
  • Persekitaran Pusat Prasekolah
- menyediakan kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas dan dilengkapi dengan taman permainan serta kebun bunga.
- peralatan asas seperti kerusi,meja,papan hitam dan sebagainya haruslah sesuai dengan umur mereka bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut disamping mengelak daripada berlaku kecederaan.
  • Kanak-Kanak
- kanak-kanak akan melibatkan diri dalam aktiviti perseorangan dan mereka bebas untuk memilih mana-mana projek yang mereka suka.
- Aktiviti biasanya dilakukan diatas meja atau tikar. Mereka mengikut arahan sendiri bekerja secara bersendirian atau berduaan,kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan mereka yang lebih tua.
  • Guru
- kawalan orang dewasa sangat minima. Guru hanya memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tenang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru.
- Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat "self rewarding", motivasi intristik.
  • Bahan
- menggunakan bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri khusus, bahannya dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu
- berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut.
- bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish.

Kurikulum
  • berikut ialah beberapa set aktiviti yang terdapat dalam kurikulum Montessori:
*aktiviti kehidupan harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal. Contohnya:
-menyikat rambut
-mengikat tali kasut
-mengenakan butang baju
-menyapu sampah dan mengelap meja
-mencuci tingkap
-menyiram pokok
*Aktiviti yang berkaitan dengan deria (Bahan Deria)
-pink tower (menara berwarna merah jambu)
-brown stairs (tangga berwarna coklat)
-red rods (batang kayu berwarna merah)
-cylinder block (blok silinder)
-smelling jar (botol untuk bauan)
-latihan mengecam warna
-sound boxes
-temperature jugs (jag suhu)
-merasa dengan lidah
-pelbagai jenis kain

*Aktiviti yang bercorak akademik
Bahan-bahan konsep dan Akademik
-alat yang berbentuk geometri yang diperbuat daripada kayu dan bingkai
-latihan bentuk dalam tiga segi
-latihan pengecaman bentuk
>kertas pasir
>huruf abjad
>manik
>latihan penggunaan alat-alat muzik dan lukisan

Jumaat, 22 April 2011

Apabila???

apabila aku stress...
kau mesti ada disampingku...





apabila aku rasa bosan...
kau mesti ada disampingku...





apabila exam...
kau mesti ada disampingku...




apabila aku sedang rindu family...
kau mesti ada disampingku...




apabila aku geram dengan rakan seklilingku....
kau mesti ada disampingku...





apabila aku sedih...
kau mesti ada disampingku....







tapi!!!!!!






apabila aku pokai...
kau tiada disampingku...



walau apa pun...
aku tetap rindu....
dengan kehadiranmu....
Rutin harian ku di UPSI
terima kasih
choki-choki...



Rabu, 20 April 2011

CIRI -CIRI SAHABAT SEJATI...


  • Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyambut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu;

Isnin, 18 April 2011

Kami ber3 Di dunia UPSI

UPSI tempat kami melanjutkan pelajaran...
bermulalah hidup kami sebagai seorang perantau...
disinilah kenangan tercipta...

yang ini aku...
pemilik blog...
antara kami bertiga aku paling tua...
jadi aku la raja...
dan drang hulubalang ku...hehehe...
(gurau ya zam...krul...)
gambar ni masa kami sama2 berbincang sebelum peperiksaan bermula...

ini la c Zamri....
orang yang mementingkan gaya...hikhikhik...
dan menurutnya lagi dia lebih mementingkan rambut daripada semua yang ada di dunia ni....
betul ka zam???
dan menurutku plak dia ni pantang tengok kamera....
betul ka zam???
jawab zam...jgn tidak jawab....
walau apa pun...
penampilan harus dijaga...
hehehe...

ini plak c Krul...
mangsa buli c Pemilik blog dan c Zamri...
btul ka krul...( awas kau kalau kau menipu)
hahaha....
menurut Pak jabit(pelakon Hantu kak limah balik rumah)
dia ni kaki tengok DVD...hehehe...
jangan marah krul...(nanti aku bako!!!)

dan inilah kami...
gambar ni kami sedang ber'DISCUSS'...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Turun bawa lagi...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
tujuan aku buat post ni...
untuk dijadikan kenangan dalam sem1...
yang akan kami tinggalkan tidak lama lagi....
kepada Zamri dan Krul...
mintak~~~maap...
klu ada silap tentang kamu di post ku kali ini...
tapi aku tau kamu sporting...
itu la aku post...hehehe...
Magsukul dari lallahan makagawa...

Sabtu, 16 April 2011

Hatiku berpaut di Felda umas...

sejauh mana kita pergi...kita tetap rindu dengan tempat asal kita...
aku buat ni sebab betul2 rindu dengan tempatku iaitu Felda umas...
yang gambar di atas tu lah tempat mula2 masuk ke kampung ku...
yang indah....dan tidak sabar mau balik jumpa semua yang ada d kampungku...

gambar di atas ni plak...
gambar kami anak beranak...
rindu betul dengan drang ni...
28/04/2011 tarikh paling ku tunggu2...
iaitu tarikh aku balik p Sabah di bawah bayu...
apa yang penting ku akan merindui kamu semua...
termasuk orang yang baca blog ku ni...hehehe...

kereta bapaku yang banyak berjasa dengan kami sekeluarga...
sengaja aku muat naik gambar ni dalam blog aku sebab...
gambar ni ada rumahku yang paling cantik dalam hatiku....
rindu rumah...rindu kereta bapaku...
yang ini plak kereta iparku...
cantikkan...
kereta ni aku suka naik sebab setiap kali jalan2 mesti kepala...
penduduk kampung akan TERputar tengok kereta...
C iparku ni...
dan kereta ni pun aku rindu mau bawa jalan satu felda umas...
kereta ni nampak jak macam kereta biasa...
kalau mau jumpa dilitar la...( macam jak hebat) hihihi...
walau apa pun...ku tetap rindu...

rasa2 gambar apa ni ya....
ni adalah kuih...dalam bahasa kami...kami beri nama 'jamput'...
orang semenanjung panggil cekodok...
lama sudah aku tidak makan kuih jamput ni...hehehe...
rindu plak hati ni dengan kuih ni....
mangidam plak...
=
=
=
=
=
banyak lagilah benda yang aku rindu di kampungku...
cuma yang di atas ni...aku betul2 rindu...
walau apa pun...
hatiku masih berpaut di Felda Umas...
biarpun aku bergelar seorang perantau...
(rindu semua)

Jumaat, 15 April 2011

Final exam...

tempat berperangku untuk mencapai matlamatku...
kepada semua siswa/i UPSI...
aku doakan semua berjaya...
dalam peperangan...

mula hari ini final examku...
iaitu tanggal 16 April 2011...
buat pembaca blogku...
doakan aku berjaya...
dan Ibu bapa ku...
serta keluarga2 yang lain...
ku perlukan doa untuk menempuhi segala perjalanan dalam setiap
aku menuju ke dewan peperiksaan...
('.') do the best....

Rabu, 13 April 2011

cuba untuk melawan

masih lagi dilanda kesedihan...
ku cuba untuk melawan kesedihan yang aku alami...
tetapi ada sebab yang menyebabkan kesedihan terjadi...
ku pinta kepada-Mu ya Allah...
berikanlah aku kekuatan...
untuk menempuh perjalanan hidupku...
sepanjang aku berada di UPSI ni...
(walau apa pun terjadi...aku tetap tempuh)



nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subhanallah