nuffnang

Sabtu, 23 April 2011

MONTESSORI


Latar Belakang Montessori
  • Model pendidikan Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori(1870-1952) yang lahir pada tahun 1870 di bandar Chiaravalle di Itali.
  • Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Itali dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.
  • Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome
  • Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain
  • Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dangan cekap
Pandangan Montessori
  • Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut:

  1. Minda yang mudah menyerap
  • menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima dan seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
2. Persekitaran yang tersedia
  • Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut.
3. Didikan diri
  • Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelpagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti dan guru tidak perlu mengajar secara formal.
4. Bahan pembelajaran
  • Guru hanya menunjuk ajar cara yang "betul" bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.

Falsafah Montessori
  • Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri
  • Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan turut belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
  • maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua pembelajaran
  • bahan pembelajaran yang dibentuk oleh Montessori melatih kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar.
  • kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
  • Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Kaedah Mengajar
Montessori menekankan kepada:
  • kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan mestilah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
  • kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan "Sensory Teaching And Learning".
  • beliau pernah melihat tingkahlaku kanak-kanak cacat yang diberi makan menjatuhkan diri mereka kelantai untuk melihat serbuk roti dan beliau membuat kesimpulan ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini adalah "The part intellectual development is through the hand", merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.
Prinsip-prinsip dalam kaedah Montessori
  • menghormati kanak-kanak dan hak mereka
  • konsep kebebasan
  • menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
  • kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
  • kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri
  • pentingnya disiplin diri
  • terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak, ahli pendidikan awal kanak-kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness)
  • kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakannya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri
  • kanak-kanak belajar dengan lebih baik, dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri
Matlamat Pendidikan Montessori
  • Matlamat utama pendidikan Montessori ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal,sosial,emosi dan intelek.
  • Persatuan Montessori Amerika menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk mengembangkan aspek-aspek berikut:
*penumpuan
*kemahiran membuat pemerhatian
*kesedaran dari segi susunan dan urutan
*koordinasi
*kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
*konsep matematik
*kemahiran bahasa
*kemahiran menulis dan membaca
*kebiasaan dari segi seni kreatif
*kefahaman tentang alam semula jadi
*pengalaman dalam memahami sains sosial
*pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah

Pendidikan Montessori Merangkumi Pelbagai Aspek Penting Iaitu:
  • Persekitaran Pusat Prasekolah
- menyediakan kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas dan dilengkapi dengan taman permainan serta kebun bunga.
- peralatan asas seperti kerusi,meja,papan hitam dan sebagainya haruslah sesuai dengan umur mereka bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut disamping mengelak daripada berlaku kecederaan.
  • Kanak-Kanak
- kanak-kanak akan melibatkan diri dalam aktiviti perseorangan dan mereka bebas untuk memilih mana-mana projek yang mereka suka.
- Aktiviti biasanya dilakukan diatas meja atau tikar. Mereka mengikut arahan sendiri bekerja secara bersendirian atau berduaan,kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan mereka yang lebih tua.
  • Guru
- kawalan orang dewasa sangat minima. Guru hanya memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tenang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru.
- Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat "self rewarding", motivasi intristik.
  • Bahan
- menggunakan bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri khusus, bahannya dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu
- berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut.
- bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish.

Kurikulum
  • berikut ialah beberapa set aktiviti yang terdapat dalam kurikulum Montessori:
*aktiviti kehidupan harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal. Contohnya:
-menyikat rambut
-mengikat tali kasut
-mengenakan butang baju
-menyapu sampah dan mengelap meja
-mencuci tingkap
-menyiram pokok
*Aktiviti yang berkaitan dengan deria (Bahan Deria)
-pink tower (menara berwarna merah jambu)
-brown stairs (tangga berwarna coklat)
-red rods (batang kayu berwarna merah)
-cylinder block (blok silinder)
-smelling jar (botol untuk bauan)
-latihan mengecam warna
-sound boxes
-temperature jugs (jag suhu)
-merasa dengan lidah
-pelbagai jenis kain

*Aktiviti yang bercorak akademik
Bahan-bahan konsep dan Akademik
-alat yang berbentuk geometri yang diperbuat daripada kayu dan bingkai
-latihan bentuk dalam tiga segi
-latihan pengecaman bentuk
>kertas pasir
>huruf abjad
>manik
>latihan penggunaan alat-alat muzik dan lukisan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subhanallah